15 Jan 2015

KIOSK PROMOSI 'BACK TO SCHOOL' ( BTS) KOSAINS

KOSAINS  telah memulakan langkah sulungnya memacu aktiviti perniagaan dengan membuka Kiosk Promosi BTS bertempat di Pasaraya Komuniti @mart Kempas, Johor Bahru. Tempoh operasi perniagaan dan promosi BTS tersebut  ialah dari 27 November 2014 hingga 5 Januari 2015.
Pada percubaan pertama ini Kiosk KOSAINS hanya menjual uniform sekolah rendah dan menengah berjenama 'Canggih' dan 'KAMI' sahaja.
Alhamdulillah Kiosk KOSAINS telah dikunjungi ramai pelanggan khususnya warga SAJOHA  sekitar Johor Bahru.
Semoga Kiosk Promosi pertama ini akan menjadi pemangkin dan jambatan pengalaman untuk KOSAINS terus mengorak bidang perniagaan yang lebih besar dan membuahkan keuntungan.





No comments:

Post a Comment