10 Nov 2014

Projek Jejak Kasih Alumni SMSJ (SAJOHA)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertolongan Saudara/Saudari dan Tuan/Puan diminta untuk menjayakan Projek Jejak Kasih Alumni SMSJ (SAJOHA). Tiga saluran digunakan:

1. Blog "SAJOHA Batch"
~  Tolong dapatkan maklumat setiap Batch Pelajar yang pernah belajar di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.

2.  Facebook "Sajoha"
~  Jemput daftar ahli Facebook Group Sajoha

3. Mailing list SAJOHA@GoogleGroups.com
~ Jemput daftar ahli di mailing list tersebut

Dan tolong war2kan mesej ini kepada sahabat handai kita.

Terimakasih kami dahulukan :)

Admin
b/p AJK SAJOHA

SajohaNews.blogspot.com

SajohaBatch.blogspot

Blog "Sajoha Batch" disediakan untuk mengumpul maklumat setiap Batch Pelajar, Guru dan Petugas yang pernah belajar atau bekerja di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang @ Sains Johor @ Sains Kluang @ SMSJ.

Kami mohon bantuan semua untuk mendapatkan maklumat berikut:
  • Link ke blog, mailing list dan facebook setiap Batch
  • Nama wakil/penghubung Batch dan facebook/email mereka
  • Senarai nama semua pelajar setiap Batch 
  • Gambar tingkatan atau kelas Batch
  • Gambar dan nama guru/petugas 
  • Gambar reunion Batch
Tolong war2kan blog SajohaBatch.blogspot.com kepada kawan2. Semoga membawa senyuman dan banyak lagi kebaikan.

Mailing List Sajoha@GoogleGroups

Semua Pelajar, Guru dan Petugas yang pernah berada di di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang dijemput menyertai Sajoha@GoogleGroups.

AJK SAJOHA akan menggunakan mailing list tersebut untuk menghantar email aktiviti Alumni, perancangan SAJOHA dan perkembangan SMSJ.

Cara mudah subscribe mailing list Sajoha@GoogleGroups:
  • Klik groups.google.com/d/forum/sajoha
  • Di muka tersebut, klik "Subscribe to this group"
  • Masukkan alamat email yang ingin diguna untul mailing list 
  • Kemudian buka email Tuan/Puan dan klik "Join the Group"
  • Admin perlu approve untuk elak spammers masuk
  • Admin akan cuba approve secepat mungkin.... jangan marah ya :)
  • Selepas menjadi member, boleh hantar email kepada Alumni melalui alamat Sajoha@GoogleGroups.com
Sekiranya ada masalah untuk mendaftar, post di ruangan "Comments" di bawah artikel ini. Atau email kepada ajksajoha@gmail.com.

Tolong war2kan Sajoha@GoogleGroups.com kepada kawan2.

Aktiviti spamming and penjualan tidak dibenarkan di mailing list tersebut. Sila gunakan saluran Facebook/Sajoha Business Network untuk jaringan perniagaan kita.

Sembang2 online sesama kita pula rancak di facebook.com/groups/sajoha.

SAJOHA masih menggunakan Mailing List Sajoha@YahooGroups.com. Setiap mesej daripada AJK SAJOHA akan dihantar ke dua2 List.
.

Majlis Perasmian dan Penyerahan Surau Al-Ihsan SMSJ

Majlis Perasmian dan Penyerahan Surau Al-Ihsan SMSJ selamat dilangsungkan pada 12 Julai 2014, bersamaan 14 Ramadhan 1435H.

Majlis disempurna dan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dan Penaung Projek Surau Al-Ihsan SMSJ.

Terimakasih tidak terhingga kepada setiap insan dan organisasi yang menjayakan projek ini secara langsung dan secara tidak langsung. Semoga ALLAH swt gandakan kebaikan.

Artikel2 Projek Surau Al-Ihsan SMSJ diarkibkan di DermaSurauSMSJ.blogspot.com.


Video Perasmian Surau

Tahniah kepada Pasukan SJ Films (pelajar2 SMSJ) yang membuat rakaman video perasmian Surau Al-Ihsan. Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin di atas doa Warga SMSJ. Semoga semua cemerlang di dunia dan di akhirat.

 


Video Temuramah oleh Johor Times 


AGM Mac 2014

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SAJOHA selamat disempurnakan pada 1 Mac 2014. Menurut perlembagaan SAJOHA, perlantikan AJK perlu dilakukan setiap dua tahun.

Jutaan terimakasih kepada Mantan AJK SAJOHA di atas usaha, wang, idea dan tenaga melaksanakan berbagai aktiviti termasuk Projek Pembesaran Surau Al-Ihsan, SMSJ. Semoga ALLAH swt gandakan kebaikan dan rahmat.

Kita ucapkan selamat datang kepada barisan AJK SAJOHA 2014/2015! Semoga ALLAH swt kurniakan idea2 yang bercambah, dan semoga ALLAH swt rahmati, berkati dan permudahkan semua urusan.