24 Feb 2017

FB Rasmi SAJOHA

Salam persaudaraan buat semua ahli Sajoha yang budiman. 

FB: Sains Johor Alumni (SAJOHA) - Official diujudkan khas sebagai 'official site' SAJOHA dan akan diurus tadbir oleh EXCO SAJOHA semasa. 

Diharapkan FB ini dapat dijadikan medium rasmi SAJOHA bagi memberi, mempamer serta melaporkan segala aktiviti dan berita rasmi SAJOHA dari masa kesemasa.

Gunakanlah ruang media sosial yang disediakan ini sebaik mungkin dengan cara yang berhemah, sopan dan bertanggung jawab serta dalam suasana yang harmonis bagi mengeratkan silaturrahim dan ikatan ukhwah antara kita, ex SMSJ.
Selamat berFB...dan salam 1 Sajoha daripada :

Presiden & Exco SAJOHA 2017

FB: Sains Johor Alumni (SAJOHA) - Official

13 May 2016

MESYUARAT AGUNG KOSAINS KALI PERTAMA



A FRIENDLY REMINDER 

Khusus untuk Anggota-Anggota KOSAINS.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSAINS KALI PERTAMA

Tarikh : 14/5/2016 (Sabtu)
Venue : Dewan IT Perdana, PUSMA, Kompleks Usahawan Teknologi MARA, Jalan Pontian Lama, Skudai, Johor.

Sahabat-sahabat Anggota KOSAINS sekelian,

Kita menginginkan penubuhannya,
Kita lantas menganggotainya demi melengkapkannya,
Maka kini kita jua yang perlu tampil untuk menetapkan hala tujunya agar KOSAINS mampu mengorak dan beroperasi ke arah kejayaan seperti yang kita harapkan.
 
Sehubungan itu kami barisan pengurusan KOSAINS menyeru sekelian anggota melapangkan sedikit masa untuk bersama-sama hadir dan menjayakan AGM Kali Pertama ini. Mandat dan kerjasama seluruh anggota adalah ditagih dan diharapkan demi kemajuan dan kelancaran operasi KOSAINS ini.

Datang ye, sebagai tanda sokongan.

Terimakasih.

25 Aug 2015

AGM SAJOHA 2015 - BACK TO SCHOOL

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) SAJOHA 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : Sabtu, 29/8/2015
Tempat  : Dewan Seri Bakti
                Sek Men Sains Johor
                Kluang, Johor
Masa     : 9.00 pagi

Aturcara Program AGM dan Back to School.

9.00 am         :   Pendaftaran Kehadiran Ahli Sajoha (Dewan Seri Bakti)

9.00 am   -
10.00 am       :   Sarapan (Kantin SMSJ)

10.00 am -
11.30 am       :  Mesyuarat Agung Tahunan SAJOHA (Dewan Seri Bakti)

11.45 am -      : Majlis Penyerahan Wakaf 76 ( Depan Padang Hoki SMSJ)
 
12.30 pm         : Jamuan Makan Tengahari (Dewan Makan Seri Budiman)


AYUH SAJOHANS.....JOM BALIK KE SEKOLAH, KITA BERMESYUARAT DAN MENGEMBALIKAN NOSTALGIA DI SEKOLAH YANG TELAH LAMA KITA TINGGALKAN.


15 Jan 2015

KIOSK PROMOSI 'BACK TO SCHOOL' ( BTS) KOSAINS

KOSAINS  telah memulakan langkah sulungnya memacu aktiviti perniagaan dengan membuka Kiosk Promosi BTS bertempat di Pasaraya Komuniti @mart Kempas, Johor Bahru. Tempoh operasi perniagaan dan promosi BTS tersebut  ialah dari 27 November 2014 hingga 5 Januari 2015.
Pada percubaan pertama ini Kiosk KOSAINS hanya menjual uniform sekolah rendah dan menengah berjenama 'Canggih' dan 'KAMI' sahaja.
Alhamdulillah Kiosk KOSAINS telah dikunjungi ramai pelanggan khususnya warga SAJOHA  sekitar Johor Bahru.
Semoga Kiosk Promosi pertama ini akan menjadi pemangkin dan jambatan pengalaman untuk KOSAINS terus mengorak bidang perniagaan yang lebih besar dan membuahkan keuntungan.





10 Nov 2014

Projek Jejak Kasih Alumni SMSJ (SAJOHA)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertolongan Saudara/Saudari dan Tuan/Puan diminta untuk menjayakan Projek Jejak Kasih Alumni SMSJ (SAJOHA). Tiga saluran digunakan:

1. Blog "SAJOHA Batch"
~  Tolong dapatkan maklumat setiap Batch Pelajar yang pernah belajar di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.

2.  Facebook "Sajoha"
~  Jemput daftar ahli Facebook Group Sajoha

3. Mailing list SAJOHA@GoogleGroups.com
~ Jemput daftar ahli di mailing list tersebut

Dan tolong war2kan mesej ini kepada sahabat handai kita.

Terimakasih kami dahulukan :)

Admin
b/p AJK SAJOHA

SajohaNews.blogspot.com